Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer dibina di atas tapak seluas 12.819 ekar di Mukim Ngulang, Mata Ayer. Sekolah ini dibuka pada 18 September 2012 dengan bilangan pelajar seramai 185 orang. Bilangan guru pada permulaan ini seramai 10 orang dan staf seramai 4 orang. Pelajar yang diserap masuk ke sekolah ini ialah dari sekolah berdekatan seperti SMK Syed Sirajuddin, SMK Abi, SMK Dato’ Jaafar Hassan serta SMK Tengku Sulaiman.
Pada tahun-tahun berikutnya SMK Mata Ayer menerima pelajar tingkatan 1 dari sekolah pengumpan (feeder schools) seperti SK Chuping, SK Oran dan SK Dato’ Kayaman.
Bermula pada 10 Oktober 2021 SMK Mata Ayer telah dijadikan sebagai sekolah penempatan untuk penyuraian SK Chuping. Sehingga April 2023, bilangan guru SMK Mata Ayer adalah seramai 34 orang dengan bilangan staf seramai 5 orang dan pelajar seramai 385 orang pelajar.